wkwkwkwkwkw

Hacked By: PANGLIMA GAGAK HITAM


-=[| We Come In Peace , Hostility Is Not Our Way |]=-


Dragon Force | Rileks Crew | Hexor Crew | Belalang | Anonymous | You.. :)

Dec 28, 2010

Cara-Cara Meningkatkan Kemahiran Berfikir

       Otak manusia pada dasarnya merupakan komputer biologis. Ia membutuhkan makanan, oksigen, dan ia juga perlu latihan. Anda dapat melakukan beberapa hal untuk meningkatkan kekuatan otak dengan melatihnya, memodifikasi, atau bahkan memanipulasinya. Anda mungkin tidak akan menjadi seperti Einstein, namun hal ini juga bukan alasan untuk tidak membuatnya menjadi lebih baik. Hal-hal di bawah ini akan membuat otak Anda bekerja lebih baik.



1. Ambillah dos EPA secukupnya




EPA adalah bahan kimia dalam minyak ikan yang merupakan makanan bagi otak, setiap orang pasti sudah mengetahuinya, jadi mengapa tidak memberikannya kapsul minyak ikan setiap hari untuk meningkatkan kekuatannya. Kajian menunjukan bahwa minyak ikan dapat memfasilitasi peningkatan aktiviti pada otak, memperlancar peredaran darah, meningkatkan memori dan konsentrasi.


2. Seks secara teratur
 




Berhubungan seks dapat melepaskan senyawa kimia yang dapat meningkatkan kekuatan otak menurut buku terkini Teach yourself and Training your brain yang ditulis oleh pengajar senior dan seorang ahli biologi. Seks adalah bentuk sempurna dari latihan, yang juga meningkatkan peredaran darah ke otak. Ia dapat mengurangi stress dan ketegangan yang menurunkan efisiensi kinerja otak.


3. Selesaikan sebuah teka teki
 





Teka-teki silang, Sudoku atau yang lainnya dapat membuatkan otak anda berada pada kondisi terbaik. Sama seperti otot, jika anda tidak berlatih secara kerap, ia akan kehilangan kemampuannya untuk bekerja secara maksima.


4. Pergi berjalan kaki
 




Udara segar  dapat menyegarkan fikiran dan mengurangkan percakapan mental yang mengganggu logika dan fikiran konstruktif. Berjalan dan bersiar-siar di pinggir kota, dekat sungai atau sekadar di taman akan membantu anda menenangkan fikiran selain melegakan minda anda dari stress di tempat kerja.


5. Mempelajari bahasa baru
 




Mempelajari bahasa baru dapat meningkatkan daya ingatan dan melancarkan pergerakan darah di dalam saraf otak secara tidak sengaja selain mampu menguatkan daya tumpu yang tinggi.


6. Tertawa
 




Ketawa bukan saja merupakan penawar terbaik, malah ia juga dapat meningkatkan fungsi otak dan menstimulasi kedua sisi otak pada masa yang sama. 


7. Menjadi kreatif
 




Melukislah atau pelajari bermain alat muzik. Cipta sesuatu yang baru dan menarik. Pelajarinya dengan bersungguh-sungguh dan ianya menyeronokkan. Menjadi kreatif memungkinkan anda untuk menemukan solusi baru untuk permasalahan yang sudah lama dan meningkatkan kesedaran pada masa yang sama.


8. Belajar melempar barang
 




Riset dari Universiti Regensburg di Jerman memindai otak dari seorang juggler(pemain sulap yang melemparkan barang) dan menemui bahawa kegiatan ini dapat meningkatkan struktur otak. Setelah berlatih selama tiga bulan, otak akan menunjukan peningkatan signifikan pada dua bahagian, iaitu bahagian mid-portal dan posterior, intraprietal sulcus, dan kiri. Ia juga membuatkan otak kita sentiasa konsisten dan tepat dalam melakukan sesuatu perkara. bak kata pepatah 'practices make perfect'.


9. Berhubungan dengan sifat keanak-anakan anda
 




Einstein pernah berkata bahawa imaginasi lebih penting daripada pengetahuan dan ia menggunakannya pada beberapa eksperimen yang akhirnya membuatnya menemukan perhitungan paling terkenal sepanjang masa (E=MC2).

Cubalah lihat anak-anak, mereka penuh dengan imaginasi, dan mereka belajar lebih banyak pada tahun-tahun awal kehidupan mereka lebih daripada apa yang kita pelajari selama satu dekad. Bebaskan fikiran anda dari penjara fikiran seorang dewasa dan anda akan menemui cara berfikir yang belum pernah ada sebelum ini. Anda juga mungkin akan membuat penemuan yang lebih besar pada hari yang berikutnya.



p/s--> Renung-renungkan dan Selamat Beramal! :D

Dec 23, 2010

100 Hari Sebelum Kematian

quran bismillah

100 hari sebelum kematian:
Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

40 hari sebelum kematian:
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

7 hari sebelum kematian:
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.

3 hari sebelum kematian:
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 hari sebelum kematian:
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir sebelum kematian:
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Kubur/liang lahat Setiap Hari Menyeru kepada Manusia Sebanyak 5 Kali.
1. Aku rumah yang terpencil, maka akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu sholat malam.
3. Aku rumah yang penuh tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawarnya.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nankir, maka banyaklah bacaan Laa illaa ha illallah,  
    Muhammadur Rasulullah?supaya kamu dapat menjawabnya.

p/s--> sumber : Tausyiahislamiyyah